Senin, 22 Desember 2008

MATA PELAJARAN GEOGRAFI

Geografi merupakan mata pelajaran teras di peringkat Sekolah Menengah Rendah dan sebagai mata pelajaran elektif di peringkat Sekolah Menengah Atas. Kandungan mata pelajaran Geografi digubal berdasarkan pemahaman bahawa bumi dan alam sekitarnya adalah ruangan kediaman manusia. Kandungan ini merangkumi kajian tentang interaksi manusia dengan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Kajian ruangan merangkumi pemahaman murid tentang Kemahiran Geografi, Geografi Fizikal dan Geografi Manusia. Aspek-aspek ini dikaji dalam pelbagai komuniti di peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa.

Mata pelajaran Geografi juga memupuk nilai-nilai hidup yang harmonis dan sejahtera serta memupuk nilai amanah, bersyukur, kesederhanaan, bertanggungjawab, tidak mementingkan diri sendiri dan mencintai alam sekitar. Pemahaman murid tentang alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia dapat menerapkan semangat patriotik serta mewujudkan sensitiviti murid terhadap fenomena alam secara setempat dan global. Usaha ini selaras dengan matlamat dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar